Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi mengumumkan gencatan senjata selama 48 yang bermula pada petang Sabtu di Yaman. Agensi berita rasmi negara itu, Saudi Press Agency (SPA) juga mengumumkan bahawa genjatan senjata itu boleh diperbaharui.
"Keputusan telah diambil untuk memulakan gencatan senjata selama 48 jam dari 12.00 tengah hari mengikut waktu Yaman pada hari Sabtu," menurut kenyataan rasmi kerajaan Saudi.
Genjatan senjata itu juga akan diperbaharui jikalau kumpulan gerakan houthi di Yaman menunjukkan komitmen mereka terhadap perkara itu dan membenarkan 'bantuan kemanusiaan' untuk memasuki kawasan yang terkepung.
Gerakan Ansarullah telah menyatakan kesediaan mereka untuk mematuhi genjatan senjata itu. John Kerry sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua pihak yang bertelagah telah bersetuju menghentikan pertempuran buat sementara waktu.
19 November 2016 - 05:02
News ID: 792823
Arab Saudi mengumumkan gencatan senjata selama 48 yang bermula pada petang Sabtu di Yaman. Agensi berita rasmi negara itu, Saudi Press Agency (SPA) juga mengumumkan bahawa genjatan senjata itu boleh diperbaharui.