Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik cara pentadbiran Obama menangani isu di Syria di dalam sebuah temu ramah pada Jumaat semalam.
Di dalam temu ramah bersama rangkaian CBS, presiden itu berkata bahawa polisi A.S di Syria telah mengakibatkan ancaman keselamatan di sempadan negara itu meningkat. Beliau juga menambah bahawa perkara yang sama juga telah menyebabkan Turki terpaksa menerima 3 juta orang pelarian dari kawasan yang dilanda konflik. Jumlah itu adalah 2 kali ganda daripada jumlah pelarian yang ditampung oleh kerajaan-kerajaan Eropah.
"Saya tidak akan bercakap benar jikalau saya berkata bahawa saya tidak kecewa. Ini kerana, saya sememangnya kecewa," kata beliau.
"Kami telah mengutarakan isu ini, berbincang dengan Presiden Obama dan Timbalan Presiden, Joe Biden tentangnya. Mereka gagal untuk bertindak balas dengan baik dan menangani isu-isu ini secara serius. Perkara ini agak mengecewakan kami," katanya lagi.
19 November 2016 - 06:11
News ID: 792830
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik cara pentadbiran Obama menangani isu di Syria di dalam sebuah temu ramah pada Jumaat semalam.