Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah pesawat rasmi kerajaan Rusia yang membawa para wartawan negara itu yang menuju ke Lima, Peru untuk membuat liputan sidang APEC dilaporkan telah dikejar oleh jet-jet pejuang Tentera Udara Switzerland.
Di tengah-tengah propaganda anti-Rusia, beberapa negara Eropah telah melaksanakan tindakan drastik dalam apa yang mereka panggil sebagai langkah-langkah keselamatan yang perlu.
Pada hari Jumaat semalam, tiga buah pesawat pejuang Switzerland telah terbang berhampiran dengan pesawat penumpang yang membawa para wartawan Rusia. Pesawat rasmi kerajaan itu dikatakan sedang menuju ke Lima, Peru untuk membuat liputan sidang APEC.
Presiden Rusia juga dijangka akan mengambil bahagian di dalam sidang yang berlangsung di benua Amerika Selatan itu. Akan tetapi Presiden Persekutuan Rusia itu dilaporkan tidak menaiki pesawat yang sama.
Menurut saksi, jet-jet tersebut terbang terlalu hampir dengan pesawat penumpang itu sehingga para wartawan mampu untuk melihat nombor pengenalan jet pejuang tersebut serta wajah juruterbangnya.
Kapten yang memandu pesawat penumpang itu berkata bahawa tindakan mengiringi pesawat-pesawat Rusia kini sudah menjadi rutin bagi sesetangah pihak.
19 November 2016 - 08:04
News ID: 792851
Sebuah pesawat rasmi kerajaan Rusia yang membawa para wartawan negara itu yang menuju ke Lima, Peru untuk membuat liputan sidang APEC dilaporkan telah dikejar oleh jet-jet pejuang Tentera Udara Switzerland.