Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut seorang pegawai Iran, tindakan Arab Saudi menggunakan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) sebagai sebuah alat politiknya telah menjadikan badan itu tidak berkesan untuk untuk menyelesaikan koflik-konflik yang berlaku di dalam dunia Islam.
"Arab Saudi bertanggungjawab menyebabkan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) menjadi tidak kompeten dan telah menjadikan pertubuhan ini tebusannya di dalam menangani sebahagian daripada ahli pertubuhan itu sendiri. Isu Palestin (sebagai contoh) secara praktiknya telah dilupakan terus," kata Hossein Amir-Abdollahian, jurucakap Speaker Dewan Parlimen di dalam urusan antara bangsa pada hari Sabtu.
Beliau secara sengaja menuding ke arah isu Palestin memandangkan konflik itu adalah punca penubuhan OIC itu sendiri.
"Pertubuhan itu telah terlepas pandang terhadap (perkara yang menjadi) keutamaannya kerana campur tangan dan tekanan yang datang dari Arab Saudi," kata beliau lagi.
Beliau mengkritik Riyadh yang menjadikan pertubuhan itu alat mereka.
"Di sebalik bekerjasama dengan negara-negara Islam lain dan menyelesaikan masalah politik dan keselamatan yang rumit di rantau, pertubuhan ini sibuk mencipta krisis baharu di bawah tekanan Arab Saudi," kata beliau lagi.
20 November 2016 - 07:05
News ID: 793049
Menurut seorang pegawai Iran, tindakan Arab Saudi menggunakan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) sebagai sebuah alat politiknya telah menjadikan badan itu tidak berkesan untuk untuk menyelesaikan koflik-konflik yang berlaku di dalam dunia Islam.