Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut surat khabar China, People's Daily, armada kapal perang Rusia yang diketuai oleh kapal pengangkut kapal terbang Admiral Kuznetsov secara 'sengaja' memilih untuk tidak melancarkan serangan ke atas timur Aleppo dalam rangka mengelak kemalangan jiwa di pihak orang awam.
"Rusia tidak berminat untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas Aleppo memandangkan serangan seperti itu akan menyebabkan kemalangan jiwa yang besar di kalangan orang awam. Perkara itu - kematian orang awam - kemudiannya akan membolehkan kumpulan ekstremis dan elemen anti-Rusia menggunakannya sebagai propaganda ke atas Russia sendiri. Semua ini mempunyai kesan negatif di lapangan politik dan mendatangkan implikasi sosial yang lain," terang media itu.
Surat klhabar itu menambah bahawa sebab lain yang medorong Rusia untuk menahan diri daripada menyerang timur Aleppo adalah kemenangan mengejut Donald Trump di dalam pilihan raya presiden A.S 2016.
"Tambahan pula hubungan di antara Rusia dan A.S sudah berubah semula berikutan kemenangan Trump. Pada peringkat ini Rusia pasti tidak mahu korban awam di medan pertempuran Syria dan isu-isu berkatian merumitkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara," tulis media itu.
Surat khabar itu juga menekankan poin bahawa perang di Syria belum sampai ke tahap yang kritikal lagi. People's Daily juga mengatakan bahawa Rusia berharap untuk melemahkan kumpulan pengganas dengan melancarkan serangan ke atas mereka di seluruh wilayah Syria sambil menunggu waktu yang tepat untuk membebaskan Aleppo.
21 November 2016 - 17:29
News ID: 793372
Menurut surat khabar China, People's Daily, armada kapal perang Rusia yang diketuai oleh kapal pengangkut kapal terbang Admiral Kuznetsov secara 'sengaja' memilih untuk tidak melancarkan serangan ke atas timur Aleppo dalam rangka mengelak kemalangan jiwa di pihak orang awam.