Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jabatan Negara A.S telah mengeluarkan amara perjalanan kepada rakyatnya yang ingin melawati Eropah semasa musim cuti ini berikutan ancaman serangan pengganas yang dinilai Washington. Menurut mereka terdapat maklumat yang menyatakan bahawa Daesh sedang merancang untuk menyerang benua tersebut.
"Warga A.S perlu berhati-hati apabila menghadiri majlis besar-besaran, melawati lokasi pelancongan, menggunakan pengangkutan awam dan berulang-alik ke tempat ibadat, restoran, dan lain-lain," baca kenyataan itu.
Jabatan itu memberi amaran tentang kemungkinan serangan di seluruh Eropah. Para pengganas sebelum ini telah melancarkan serangan ke atas Perancis, Belgium, Jerman dan Turki pada tahun ini.
22 November 2016 - 15:28
News ID: 793552
Jabatan Negara A.S telah mengeluarkan amara perjalanan kepada rakyatnya yang ingin melawati Eropah semasa musim cuti ini berikutan ancaman serangan pengganas yang dinilai Washington.