Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mesir dilaporkan telah menghantar 18 orang juruterbang helikopter ke Syria dalam rangka membantu kerajaan Damsyik di dalam peperangan mereka menentang keganasan. Laporan itu juga menunjukkan bahawa kemungkinan unit tentera yang lain juga akan dihantar oleh Kaherah ke Syria pada awal tahun hadapan.
Pada hari Khamis semalam, surat khabar As-Safir yang berpusat di Lubnan menukilkan sumber 'yang boleh dipercayai' sebagai melaporkan bahawa Mesir telahpun menghantar beberapa orang juruterbang ke sebuah lapangan udara di Hama, Syria pada 12 November lalu. Sumber itu juga menambah bahawa kontinjen itu turut disertai oleh 4 orang pegawai kanan tentera Mesir sejurus ketibaan mereka di sana.
Selain daripada itu, sumber tersebut juga mengatakan bahawa 2 orang Mejar Jeneral Mesir telah memulakan khidmat di Ibu Pejabat Angkatan Bersenjata Syria di Damsyik sejak sebulan lepas. Mereka dilaporkan telah melawat beberapa lokasi garisan hadapan termasuk 'Perbatasan Selatan' di bandar Quneitra.
Surat khabar itu turut melaporkan bahawa 'seorang sumber yang mempunyai capaian kepada fail-fail milik Syria' sebagai berkata bahawa sebuah perkumpulan besar tentera Mesir juga akan tiba di Syria pada Januari 2017 untuk mengambil bahagian di dalam operasi ketenteraan yang tidak terhad kepada bantuan udara semata-mata.
25 November 2016 - 17:33
News ID: 794225
Mesir dilaporkan telah menghantar 18 orang juruterbang helikopter ke Syria dalam rangka membantu kerajaan Damsyik di dalam peperangan mereka menentang keganasan.