2 Disember 2016 - 15:40
Jenayah Berasaskan Kebencian Akan Meningkat Pada Era Trump.

Menurut seorang penulis Amerika Syarikat, pentadbiran Presiden A.S yang baru terpilih, Donald Trump kelihatan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengekang peningkatan gejala Islamofobia di negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut seorang penulis Amerika Syarikat, pentadbiran Presiden A.S yang baru terpilih, Donald Trump kelihatan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengekang peningkatan gejala Islamofobia di negara tersebut. Penulis itu turut memberi amaran bahawa jenayah berasaskan kebencian kian menanti kumpulan minoriti yang tinggal di negara polis dunia itu berikutan perkara itu.

Eric Ham penulis buku The GOP Civil War memberitahu Press TV pada hari Khamis bahawa surat-surat berisi ancaman yang diterima oleh masjid-masjid di negara itu selepas kemenangan Trump di dalam pilihan raya lalu hanyalah sebuah permulaan sahaja kepada malapetaka yang lebih besar.

Surat berisi mesej kebencian telah dihantar ke masjid-masjid di California, Georgia, Rhode Island dan Indiana yang memberi amaran kepada penganut Islam untuk meninggalkan negara itu sebelum dimusnahkan secara keseluruhan.

Ham juga berkata bahawa Trump dan kabinetnya tidak cukup serius di dalam menamatkan ketegangan yang semakin memuncak itu. Beliau juga menambah bahawa isu itu akan menjadi lebih buruk pada masa yang akan datang.

Sebahagian daripada mereka yang dipilih Trump untuk menyertai pentadbirannya seperti pengarah CIA, Mike Pompeo dan penasihat keselamatannya Michael Flynn mempunyai sejarah menyebarkan ketakutan dan kebencian terhadap Islam.