Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan berikutan kegagalan beliau untuk mengubah perlembagaan negara itu melalui sebuah referendum yang berlangsung pada hari Ahad lepas. Keputusan itu menyebabkan suasana hura-hara di dalam Kesatuan Eropah dan pasaran kewangan Zon Eropah memandangkan Itali adalah ekonomi ke-3 terbesar di dalam zon tersebut.
Referendum yang diusulkan oleh Renzi bertujuan untuk mengurangkan kuasa Senat dan pihak berkuasa wilayah di negara itu. Akan tetapi sesetengah pihak menilainya sebagai sebuah undi percaya ke atas Renzi, Zon Eropah dan juga Kesatuan Eropah itu sendiri.
Beliau menyatakan bahawa usul perubahan yang ingin diperkenalkannya akan mengurangkan masalah birokrasi sekaligus meningkatkan kadar daya saing negara tersebut. Akan tetapi sesetengah pihak mengkritik usul tersebut dengan mengatakan bahawa perkara itu hanya akan memperkukuhkan kuasa kepada mereka yang sudahpun memilikinya.
5 Disember 2016 - 15:16
News ID: 796231
Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan berikutan kegagalan beliau untuk mengubah perlembagaan negara itu melalui sebuah referendum yang berlangsung pada hari Ahad lepas.