5 Disember 2016 - 16:23
Tangan Sekutu Pengganas Di Barat Diselaputi Darah Anggota Kami: Rusia

Pihak militan telah membedil sebuah hospitak bergerak yang dioperasikan oleh pihak Rusia di Aleppo sekaligus membunuh seorang paramedik wanita serta mencederakan 2 orang doktor.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak militan telah membedil sebuah hospitak bergerak yang dioperasikan oleh pihak Rusia di Aleppo sekaligus membunuh seorang paramedik wanita serta mencederakan 2 orang doktor. Perkara itu dilaporkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Konashenkov pada hari Isnin.

"Pada hari ini, ketika sebuah sesi rawatan dengan penduduk tempatan, pihak militan telah menyerang sebuah hospital bergerak milik Kementerian Pertahanan dengan bedilan meriam di Aleppo. Rentetan sebuah bedilan yang tepat ke sasaran, seorang paramedik Rusia terbunuh dan dua pekerja mengalami kecederaan yang serius. Para penduduk awam berpusu membantu mereka dan sebahagian mereka juga turut tercedera,' kata beliau lagi.

Menurut Konashenkov, kumpulan Al-Nusra yang merupakan sekutu Al-Qaeda di Syria tidak memiliki kemampuan untuk melancarkan serangan yang teliti itu, Beliau menegaskan bahwa satu-satunya pihak yang mampu melancarkan serangan tersebut adalah puak pembangkang Syria yang ditaja pihak barat.

"Kami tahu siapa yang membekalkan maklumat tentang hospital Rusia ini serta koordinatnya," kata beliau.

"Tangan mereka yang menghasut kepada pembunuhan ini juga diselaputi oleh darah para petugas kami. Mereka yang mencipta, mendanai, mempersenjatai binatang buas yang menyamar sebagai manusia, kemudian menamakan mereka sebagai kumpulan pemberontak untuk memberikan justifikasi kepada nyala rasa dan pengundi mereka sendiri (sebenarnya bersubahat di dalam pembunuhan ini). Ya, (darah ini ada pada tangan kalian), pembela kumpulan pengganas dari A.S, UK, Perancis dan para simpatisan mereka, katanya lagi.