7 Disember 2016 - 17:20
Putin Arahkan Kementerian Pertahanan Berikan Anugerah Kepada Petugas Perubatan Rusia Yang Terkorban Di Syria

Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin mengarahkan kementerian pertahanan negara itu untuk menganugerahi darjah kehormat kepada para kakitangannya yang terkorban sebelum ini di Syria pada beberapa hari lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin mengarahkan kementerian pertahanan negara itu untuk menganugerahi darjah kehormat kepada para kakitangannya yang terkorban sebelum ini di Syria pada beberapa hari lepas. Mereka adalah para petugas sebuah hospital bergerak milik Kementerian Pertahanan Rusia yang dibom oleh kumpulan militan Syria di Aleppo. Beliau juga mengarahkan kementerian yang sama untuk membantu keluarga-keluarga mangsa.

"Dengan membahayakan nyawa mereka, para petugas Rusia sedang melakukan yang terbaik untuk membantu tentera Syria di dalam memerangi keganasan. (Perkara itu pada gilirannya akan) menyelamatkan nyawa penduduk awam," kata Putin di dalam sebuah pertemuan bersama para pegawai negara itu dan para pendakwaraya.

"Saya meminta kepada Kementerian Pertahanan untuk menganugerahi darjah kehormat kepada semua petugas kita dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membantu keluarga para mangsa pada waktu yang amat sukar ini," kata Putin.

Rusia sebelum ini mengecam tindakan kumpulan militan tersebut sambil menuding jari kepada negara-negara yang menaja mereka.