8 Disember 2016 - 19:48
Tentera Kerajaan Kuasai 80% Bandar Aleppo

Menurut laporan-laporan yang dikeluarkan oleh pihak media, tentera Syria kini menguasai lebih kurang 80 peratus kawasan di bandar Aleppo.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut laporan-laporan yang dikeluarkan oleh pihak media, tentera Syria kini menguasai lebih kurang 80 peratus kawasan di bandar Aleppo.

"Setelah sebuah siri serangan meriam yang dahsyat dilancarkan ke atas pusat kawalan dan posisi menembak milik para militan, pihak tentera mula menyerang daerah Kalyasa dan Sukkari. Di dalam masa yang sama, mereka juga berjaya menghalau hampir kesemua pejuang radikal dari (daerah) Sheikh Saeed dengan menyerang dari sisi selatan,' kata sebuah sumber kepada agensi berita RIA Novosti pada hari Khamis.

Sejak beberapa bulan lepas, bandar Aleppo telah menyaksikan pertempuran sengit di antara pihak kerajaan dan kumpulan-kumpulan militan termasuk Jabhat al-Nusra (sekutu al-Qaeda di Syria). Kawasan timur bandar itu kini dikepung sepenuhnya oleh tentera Damsyik. Di dalam masa yang sama pertempuran di antara pihak-pihak bertelagah telah memberikan kesan ke atas orang awam yang terperangkap di bandar itu.