9 Disember 2016 - 17:52
Tentera Syria Kuasai 93% Kawasan Di Aleppo

Tentera Syria dan sekutunya telah berjaya membebaskan 52 buah kawasan di timur Aleppo daripada cengkaman militan yang ditaja oleh kerajaan asing. Rentetan itu, pihak Rusia mengatakan bahawa sebanyak 93 peratus daripada kawasan di bandar Aleppo kini dikuasai oleh tentera Damsyik.

Agensi Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria dan sekutunya telah berjaya membebaskan 52 buah kawasan di timur Aleppo daripada cengkaman militan yang ditaja oleh kerajaan asing. Rentetan itu, pihak Rusia mengatakan bahawa sebanyak 93 peratus daripada kawasan di bandar Aleppo kini dikuasai oleh tentera Damsyik.

"Rentetan daripada kemenangan mereka, 52 daerah di kawasan timur bandar Aleppo telah dibebaskan daripada cengkaman militan," pegawai Kementerian Pertahanan Rusia, Sergei Rudskoi pada hari Jumaat.

"Sepanjang 4 hari lepas, kawasan yang dahulunya dikuasai oleh militan telah mengecil kepada satu pertiga (daripada keluasan asal). Tentera Syria menguasai 93 peratus daripada kawasan bandar itu," tambahnya lagi.

Beliau juga mengulas tentang orang awam yang meninggalkan kawasan yang dikuasai oleh militan dengan mengatakan jumlah mereka mencapai angka 10500 orang sambil menambah bahawa mereka (orang awam) turut melaporkan tentang kekejaman kumpulan pembangkang yang dipanggil moderat oleh sesetengah pihak.