12 Disember 2016 - 18:40
Washington Mungkin Lindungi Al-Nusra Sebagai Alat Jatuhkan Assad: Menteri Luar Rusia

Menurut Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, terdapat banyak alasan untuk mempercayai bahawa Washington mungkin melindungi kumpulan pengganas Jabhat al-Nusra dalam rangka menggunakan mereka sebagai alat untuk menjatuhkan Presiden Syria, Bashar Assad

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, terdapat banyak alasan untuk mempercayai bahawa Washington mungkin melindungi kumpulan pengganas Jabhat al-Nusra dalam rangka menggunakan mereka sebagai alat untuk menjatuhkan Presiden Syria, Bashar Assad. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah sidang akhbar yang disertai oleh rakan sejawatnya dari Serbia, Iva Dacic di Belgrade pada hari Isnin.

"Terdapat banyak contoh di mana Jabhat al-Nusra berjaya mengelakkan diri mereka daripada tindakan pakatan tajaan A.S. Juga terdapat beberapa bukti kukuh untuk mempercayai bahawa kumpulan tersebut dilindungi (oleh pakatan itu) memandangkan kumpulan itu adalah satu-satunya kekuatan anti-kerajaan yang memiliki daya tempur serta keberkesanan untuk dipergunakan pada masa hadapan dalam rangka menjatuhkan kerajaan yang sah di Syria.

Menteri Rusia itu turut menyatakan hasrat beliau supaya Washington akan berhenti melindungi para militan di Syria.