Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Raja Arab Saudi, Salman Bin Abdul Aziz Al Saud mengakui bahawa langkah-langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaannya dalam rangka menghadapi cabaran yang wujud berikutan harga minyak yang rendah adalah sesuatu yang 'menyakitkan'. Akan tetapi, beliau menegaskan bahawa langkah tersebut adalah perlu dalam mengelakkan krisis ekonomi yang lebih serius di negara itu.
Raja Salman membuat kenyataan itu ketika membuat ucapan kepada Majlis Syura pada hari Rabu.
"Negara sedang mencari jalan terbaik dalam menghadapi perubahan ini... melalui pelbagai langkah yang diambil untuk menstruktur semula ekonomi yang mana sebahagiannya mungkin 'menyakitkan' pada jangka masa pendek. Akan tetapi perkara itu bertujuan untuk melindungi ekonomi negara kalian daripada masalah yang lebih serius," kata beliau.
Raja tersebut turut mengingatkan para hadirin bahawa Riyadh juga pernah melaksanakan langkah penjimatan sebelum ini apabila berhadapan dengan situasi yang hampir sama dalam tempoh 3 dekad yang lalu.
Krisis ekonomi Arab Saudi yang terkini adalah diakibatkan oleh harga minyak yang rendah dan juga operasi ketenteraan negara itu ke atas Yaman.
14 Disember 2016 - 19:13
News ID: 798199
Raja Arab Saudi, Salman Bin Abdul Aziz Al Saud mengakui bahawa langkah-langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaannya dalam rangka menghadapi cabaran yang wujud berikutan harga minyak yang rendah adalah sesuatu yang 'menyakitkan'.