Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - China berkata bahawa mereka telah merampas sebuah dron Amerika Syarikat yang beroperasi permukaan bawah air dalam rangka memastikan keselamatan pelayaran kapal di Laut Cina Selatan.
Pada hari Khamis, tentera laut negara China telah melancarkan sebuah bot kecil yang kemudiaanya merampas dron tersebut yang terletak berhampiran sebuah kapal penyelidikan oseanografi milik Amerika Syarikat.
"Dalam rangka menghalang perkakasan ini daripada mendatangkan bahaya kepada pelayaran kapal, sebuah bot penyelamat China telah menyiasat dan mengenalpasti perkakasan tersebut dengan pendekatan yang profesional dan bertanggungjawab," kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun di dalam sebuah kenyataan yang dibuat pada hari Sabtu.
Beliau menambah bahawa dron itu akan dipulangkan sejurus apabila perkakasan itu disahkan milik Amerika Syarikat.
18 Disember 2016 - 13:54
News ID: 799070
China berkata bahawa mereka telah merampas sebuah dron Amerika Syarikat yang beroperasi permukaan bawah air dalam rangka memastikan keselamatan pelayaran kapal di Laut Cina Selatan.