20 Disember 2016 - 16:51
Polis Diraja Malaysia Tahan 7 Suspek Daesh

Pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan 7 orang suspek termasuk 4 warga asing yang disyaki terlibat di dalam aktiviti kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan 7 orang suspek termasuk 4 warga asing yang disyaki terlibat di dalam aktiviti kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

7 suspek Daesh telah ditahan di antara 3 hingga 16 Disember di Melaka, Selangor dan Johor. Warga asing yang ditahan termasuk 2 orang pelajar di Universiti Antarabangsa Al-Madinah Shah Alam.