Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia bersama Iran dan Turki kini sibuk melakarkan draf pelan tindakan yang akan menamatkan keganasan di Syria.
Menteri Pertahanan Rusia. Sergei Shoigu berkata bahawa Moscow berharap untuk meraih sokongan rantau tersebut ke atas draf pelan tindakan mereka.
"Pada hari ini, para pakar sedang sibuk mendraf teks deklarasi Moscow berkaitan tindakan segera dalam menyelesaikan krisis di Syria. Dokumen ini sangat terperinci dan penting," kata Shoigu.
Menteri Pertahanan Rusia itu membuat kenyataan itu pada hari Selasa di sebuah mesyuarat bersama rakan sejawatnya dari Iran dan Turki.
"Segala bentuk usaha yang pernah dilaksanakan Amerika Syarikat selama ini menemui kegagalan kerana tiada satupun daripadanya yang memberikan pengaruh kepada situasi di lapangan," tambahnya.
21 Disember 2016 - 19:23
News ID: 799875
Rusia bersama Iran dan Turki kini sibuk melakarkan draf pelan tindakan yang akan menamatkan keganasan di Syria.