22 Disember 2016 - 16:02
Jurucakap Kremlin Ragui Kewarasan Penulis New York Daily News Yang Sokong Pembunuhan Duta Rusia Ke Ankara

Setiausaha akhbar Presiden Persekutuan Rusia mengecam wartawan Amerika Syarikat daripada New York Daily News yang menulis sebuah artikel menyokong pembunuhan Duta Besar Moscow ke Ankara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha akhbar Presiden Persekutuan Rusia mengecam wartawan Amerika Syarikat daripada New York Daily News yang menulis sebuah artikel menyokong pembunuhan Duta Besar Moscow ke Ankara.

"Malangnya, terdapat beberapa individu yang tidak berapa waras atau tidak waras langsung sehingga tidak mampu untuk memisahkan di antara baik dan buruk," kata Dmitry Peskov.

"Saya tidak fikir bahawa orang seperti ini yang mana tidak syak lagi penulis tersebut pastilah sebahagian daripada mereka, layak untuk dibahaskan ataupun dikenang," kata Peskov apabila diminta untuk memberi komen terhadap artikel Kuntzman itu.