25 Disember 2016 - 13:10
Assad Ucap Takziah Kepada Putin Berikutan Nahas TU-154

Presiden Syria, Bashar Assad telah menyampaikan takziahnya kepada Presiden Persekutuan Rusia, Valdimir Putin berikutan tragedi pesawat TU-154 yang terhempas di laut Hitam. Perkara itu dilaporkan oleh agensi SANA.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad telah menyampaikan takziahnya kepada Presiden Persekutuan Rusia, Valdimir Putin berikutan tragedi pesawat TU-154 yang terhempas di laut Hitam. Perkara itu dilaporkan oleh agensi SANA.

"Sangat dikesali, kami mendapat berita berkenaan nahas pesawat TU-154 Rusia. Rakan-rakan kami berada di dalam pesawat tersebut yang mana mereka bercadang untuk berkongsi kegembiraan dengan kami dan rakyat Aleppo sempena kejayaan (di bandar itu) dan sempena musim cuti (Krismas)," kata pemimpin Syria itu di dalam sebuah telegram kepada Presiden Rusia.

Pesawat TU-154 itu hilang daripada skrin radar pada jam 5.40 pagi (waktu Moscow) iaitu dua minit selepas berlepas dari lapangan terbang Adler di Sochi di mana pesawat itu mengisi minyak.

Menurut maklumat terkini daripada Kementerian Pertahanan, terdapat 92 orang yang menaiki pesawat itu.

Presiden Putin pula telah mengisytiharkan bahawa hari Isnin adalah hari berkabung buat Rusia berikutan nahas yang mengejutkan negara itu.