Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Arab Syria yang baru-baru ini berjaya membebaskan Aleppo daripada cengkaman pengganas dijangka akan memfokuskan usaha dalam memperkukuhkan kedudukan mereka di bandar itu sebelum mengalihkan perhatian ke arah Palmyra dan mungkin juga Idlib. Perkara itu dinyatakan oleh Igor Korotchenko yang merupakan ketua editor majalah National Defense yang berpusat di Rusia.
Pada hari Khamis lepas, Tentera Arab Syria secara rasmi mengisytiharkan kemenangan mereka di Aleppo sejurus selepas konvoi terakhir yang membawa militan meniggalkan kawasan timur bandar tersebut.
Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum ini berkata bahawa pembebasan Aleppo daripada unsur-unsur radikal adalah sebuah komponen yang sangat penting di dalam menstabilkan situasi di Syria secara sempurna.
"Saya berpendapat bahawa pada tahun 2017, Tentera Arab Syria akan memfokuskan usaha di dalam menghalang serangan balas daripada pihak militan. Pihak tentera juga akan mempertahankan infrastruktur-infrastruktur kemudahan dan kawasan kediaman yang berada di dalam kawalan mereka. Matlamat lain yang sangat penting adalah merampas kembali Palmyra," kata Korotchenko.
25 Disember 2016 - 14:10
News ID: 800654
Tentera Arab Syria yang baru-baru ini berjaya membebaskan Aleppo daripada cengkaman pengganas dijangka akan memfokuskan usaha dalam memperkukuhkan kedudukan mereka di bandar itu sebelum mengalihkan perhatian ke arah Palmyra dan mungkin juga Idlib. Perkara itu dinyatakan oleh Igor Korotchenko yang merupakan ketua editor majalah National Defense yang berpusat di Rusia.