25 Disember 2016 - 15:23
Seluruh Dunia Meluat Dengan Polisi Luar Pentadbiran Obama: Diplomat Rusia

Menurut Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, dasar luar pentadbiran Barack Obama telah 'membangkitkan kebencian seluruh dunia'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, dasar luar pentadbiran Barack Obama telah 'membangkitkan kebencian seluruh dunia'.

"Saya berpendapat bahawa lelaki ini (Obama) dan pasukannya - apabila bercakap mengenai lelaki itu, yang kami maksudkan adalah pasukannya yang mana (kewujudan mereka) terbukti tidak baik untuk semua pihak di setiap lapangan global," katanya di dalam sebuah temu bual dengan saluran televisyen Rossiya-1.

"Saya fikir pentadbiran yang berusia lapan tahun ini telah berkhidmat di bawah slogan eksklusif mereka, sekaligus membangkitkan kebencian seluruh dunia (terhadap mereka). Mereka gagal untuk memenuhi liabiliti (di pihak mereka) yang sebelum ini telah dipersetujui dengan beberapa negara lain. Mereka juga telah gagal untuk menunaikan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas bahu mereka, termasuk dengan (tanggungjawab yang digalaskan oleh) rakyat Amerika (ke atas mereka) di persada antarabangsa," kata Zakharova.

Menurut diplomat Rusia itu, daripada sudut pandang moral, pasukan Obama boleh dipersalahkan kerana melakukan "jenayah" kerana mereka telah menunjukkan (kepada dunia) bahawa "pihak yang lebih kuat mempunyai hak yang tidak terbatas untuk berbuat jahat." "Inilah apa yang akan ditinggalkan oleh pentadbiran di dalam sejarah," katanya lagi.