25 Disember 2016 - 18:47
Resolusi Majlis Keselamatan Adalah Cara Untuk Obama Mengenakan Netanyahu

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan sebuah resolusi yang mendesak Tel Aviv menghentikan aktiviti pembinaan penempatannya di Tebing Barat dan al-Quds. Resolusi itu hanya dapat diluluskan setelah Amerika Syarikat enggan menggunakan veto mereka untuk menghalangnya daripada diteruskan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan sebuah resolusi yang mendesak Tel Aviv menghentikan aktiviti pembinaan penempatannya di Tebing Barat dan al-Quds. Resolusi itu hanya dapat diluluskan setelah Amerika Syarikat enggan menggunakan veto mereka untuk menghalangnya daripada diteruskan.

Seorang veteran di dalam kementerian luar negara haram Yahudi, Dan Arbell mengatakan bahawa terdapat aspek atau dimensi peribadi yang menyebabkan Washington memilih untuk membiarkan resolusi itu diluluskan.

"Perkara ini, saya rasa, sebuah cara untuk Obama 'mengenakan' Netanyahu setelah mengharungi hubungan yang tegang selama 8 tahun," kata Arbell.

Hubungan tegang di antara kedua-dua pemimpin itu telah menyulitkan hubungan dua hala Tel Aviv dan Washington.