Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan penyelam hari ini menemui bahagian utama bangkai pesawat Tu-154 milik Kementerian Pertahanan Rusia yang terhempas di Laut Hitam berdekatan dengan bandar peranginan Sochi pada hari Ahad.
Seorang pegawai rasmi kementerian kecemasan memaklumkan agensi berita Russia bahawa penyelam sudahpun menemui fiuslaj pesawat tersebut. Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat yang berpangkalan di Sochi mengesahkan bahawa bahagian badan pesawat sudah dijumpai pada kedalaman 27 meter kira-kira 1.6 kilometer dari pantai.
Pesawat malang itu sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Syria ketika terhempas di Laut Hitam. Setakat ini, para penyiasat masih belum dapat mengesahkan punca nahas tetapi menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan, tiada sebarang bukti ditemui yang menunjukkan bahawa nahas itu mempunyai kaitan dengan tindakan keganasan.
26 Disember 2016 - 18:47
News ID: 800952
Pasukan penyelam hari ini menemui bahagian utama bangkai pesawat Tu-154 milik Kementerian Pertahanan Rusia yang terhempas di Laut Hitam berdekatan dengan bandar peranginan Sochi pada hari Ahad.