28 Disember 2016 - 17:55
Presiden Romania Tolak  Sevil Shhaideh Sebagai Perdana Menteri Romania

Presiden Romania, Klaus Iohannis pada hari semalam telah menolak usul Parti Demokratik Sosial (PSD) yang menamakan Sevil Shhaideh sebagai calon perdana menteri negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Romania, Klaus Iohannis pada hari semalam telah menolak usul Parti Demokratik Sosial (PSD) yang menamakan Sevil Shhaideh sebagai calon perdana menteri negara itu.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan parti yang memegang majoriti kerusi di parlimen Romania itu.

Pada hari Selasa lepas Klaus Iohannis menolak untuk melantik Sevil Shhaideh yang merupakan seorang muslim Romania yang berketurunan Turki sebagai perdana menteri baru negara itu dan meminta pakatan PSD-ALDE untuk menamakan calon yang lain. Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk menyatakan sebab kenapa keptusan itu diambil.

Ketua PSD, Liviu Dragnea pula berkata pihaknya mempertimbangkan keputusan untuk menggantung presiden negara itu berikutan keengganan beliau untuk bekerjasama dengan parti pemerintah.

Pihak PSD dan pakatannya telah menerima mesej daripada pelbagai pihak yang merasa terhina berikutan tindakan Presiden Romania yang memilih untuk menolak usul PSD itu.

Banyak andaian yang dibuat berkaitan perkara yang mendorong Presiden Romania untuk membuat keputusan tersebut. Di antaranya adalah sokongan Sevil Shhaideh kepada Presiden Syria, Bashar Assad dan kumpulan Hizbullah di Lubnan.