31 Disember 2016 - 19:47
Rouhani Dan Putin Bincang Proses Damai Syria

Menurut bahagian berita Kremlin, Presiden Rusia dan Iran pada hari ini telah bercakap di dalam telefon berkaitan perjanjian gencatan senjata Syria dan pelancaran perundingan dengan pihak pembangkang Syria di Astana.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut bahagian berita Kremlin, Presiden Rusia dan Iran pada hari ini telah bercakap di dalam telefon berkaitan perjanjian gencatan senjata Syria dan pelancaran perundingan dengan pihak pembangkang Syria di Astana.

"Pada hari ini, Presiden Vladimir Putin telah bercakap dengan Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani melalui telefon. Mereka menekankan tentang kepentingan perjanjian gencatan senjata yang dimeterai sebelum ini dan pelancaran perundingan di Astana," kata bahagian tersebut.

Kedua-dua pemimpin turut bersetuju untk meneruskan kerjasama yang bertujuan untuk mencari solusi terakhir berkenaan krisis di Syria.

"Para pemimpin turut saling mengucapkan tahniah kepada satu sama lain berkaitan kedatangan Tahun Baharu," kata bahagian tu lagi.