Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih daripada 40 lagi cedera di dalam sebuah serangan pengganas ke atas sebuah kelab malam di Istanbul, Turki. Perkara itu dilaporkan oleh surat khabar Millyet pada hari Ahad.
"Insiden itu adalah serangan pengganas. Menurut maklumat terkini, 35 rakyat kita telah terbunuh termasuk seorang pegawai polis. Sekitar 40 orang lagi diketahui tercedera," kata gabenor Istanbul, Vasip Sahin.
Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah menyerang kelab malam Reina di daerah Ortakoy di mana 700 hingga 800 pengunjung sedang menghadiri pesta sambutan Tahun Baharu. Menurut laporan media tempatan, lelaki itu berpakaian Santa Claus ketika melancarkan serangan.
Hampir 70 ambulans dan kenderaan laing didapati berada di tempat kejadian.
1 Januari 2017 - 18:17
News ID: 802122
Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih daripada 40 lagi cedera di dalam sebuah serangan pengganas ke atas sebuah kelab malam di Istanbul, Turki. Perkara itu dilaporkan oleh surat khabar Millyet pada hari Ahad.