Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Tentera Iraq berkata bahawa tentera kerajaan meneruskan kemaraan mereka di dalam operasi membebaskan bandar Mosul daripada cengkaman pengganas. Dia turut menambah dengan mengatakan bahawa pihak tentera dan sekutu mereka setakat ini telah berjaya mewujudkan kawalan ke atas lebih daripada separuh kawasan yang terletak di timur bandar Mosul.
Staf Leftenan Jeneral Abdulwahab al-Saadi pada hari Ahad berkata bahawa lebih daripada 60 peratus kawasan timur Mosul sudah dirampas kembali oleh pihak kerajaan daripada kumpulan pengganas Takfiri Daesh.
Kenyataan itu dibuat pada hari yang sama di mana tentera kerjaan membuat kemaraan di kejiranan Intisar yang terletak di kawasan yang sama di bandar itu.
"Pada hari ke-4, anggota kami berjaya merampas kembali kejiranan Intisar dan Saha. Mereka sekarang giat membersihkan kejiranan Salam. Mereka sedang bertempur dengan pihak musuh. Sejumlah besar anggota pasukan musuh terbunuh semalam dan sykur kepada Tuhan, kekalahn ini telah mematahkan tulang belakang mereka. Pada hari ini, kami akan meneruskan kemaraan kami," kata seorang pegawai polis persekutuan, Mejar Jeneral Ali Lami.