Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Udara Rusia dan Turki dilaporkan telah melancarkan beberapa operasi ke atas posisi kumpulan Takfiri Daesh di Syria. Operasi-operasi itu juga turut disertai oleh pasukan artileri Turki seperti yang dilaporkan oleh surat khabar Daily Sabah pada hari Isnin.
Menurut para pegawai Tentera Turki, pesawat Rusia telah menyasarkan kedudukan Daesh di kawasan Dayr Kak yang terletak berhampiran bandar al-Bab.
Di dalam masa yang sama, laporan itu turut mengatakan bahawa operasi pesawat tempur dan artileri Turki telah berjaya membunuh 22 orang pengganas di sekitar al-Bab.
Pada 24 Ogos lalu, Tentera Turki yang dibantu oleh pakatan tajaan A.S telah memulakan operasi Perisai Euphrates untuk membersihkan bandar Jarabulus dan kawasan sekitarnya daripada Daesh. Setelah Jarabulus dirampas oleh Tentera Turki dan sekutunya, Turki meneruskan operasi tenteranya ke bahagian barat daya Syria.
Operasi itu dikritik teruk oleh pihak kerajaan Syria dan puak Kurdis yang menuduh Ankara mencabul kedaulatan negara Arab itu.
2 Januari 2017 - 10:47
News ID: 802232
Tentera Udara Rusia dan Turki dilaporkan telah melancarkan beberapa operasi ke atas posisi kumpulan Takfiri Daesh di Syria. Operasi-operasi itu juga turut disertai oleh pasukan artileri Turki seperti yang dilaporkan oleh surat khabar Daily Sabah pada hari Isnin.