2 Januari 2017 - 12:07
Daesh Mengaku Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Kelab Malam Istanbul

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan maut di Istanbul pada malam sambutan Tahun Baharu lepas. Perkara itu dilaporkan oleh Reuters yang menukilkan kenyataan kumpulan pengganas itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan maut di Istanbul pada malam sambutan Tahun Baharu lepas. Perkara itu dilaporkan oleh Reuters yang menukilkan kenyataan kumpulan pengganas itu.

Di dalam sebuah kenyataan, Daesh mendakwa bahawa penyerang yang terbabit di dalam serangan itu adalah salah seorang daripada "tenteranya".

Pada hari Ahad, 39 orang terbunuh manakala 69 lagi mengalami kecederaan di dalam sebuah serangan bersenjata yang dilancarkan ke atas sebuah kelab malam di Istanbul.

Kelab malam itu terletak di bahgian Eropah Istanbul. Para saksi mengatakan bahawa penyerang yang berbahasa Arab melepaskan tembakan dengan menggunakan rifel Kalashnikov ke arah pengunjung kelab malam Reina.

Pihak polis kini sibuk melancarkan operasi mencari suspek serangan tersebut yang dipercayai memegang kerakyatan Uzbekistan ataupun Krygyzstan.