Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan 22 orang ahli akademik digugurkan daripada sebuah universiti yang dinamakan sempena nama Presiden Truki, Recep Tayyip Erdogan berikutan dakwaan yang menyatakan bahawa mereka mempunyai hubungan dengan Fehullah Gulen.
Pihak berkuasa Turki telah memecat 22 ahli akademik daripada universiti yang terletak di bandar Rize itu kerana dpercayai mempunyai kaitan dengan cubaan rampasan kuasa Julai tahun lepas.
Pada 15 Julai tahun lepas, sebuah cubaan rampasan kuasa berlaku di Turki yang mana perkara itu dapat dipatahkan pada pagi keesokan harinya. Sekitar 26000 orang sudah ditahan sejak percubaan menggulingkan kerajaan itu digagalkan. Cubaan rampasan kuasa itu telah mengakibatkan 260 kematian daripada kedua-dua belah pihak. Para pegawai Turki percaya bahawa Gulen terlibat di dalam cubaan rampasan kuasa itu.
Ribuan pegawai tentera, penjawat awam, hakim dan guru yang disyaki mempunyai kaitan dengan Gulen telah dipecat atau ditahan sehingga kini.
3 Januari 2017 - 11:06
News ID: 802437
Sekumpulan 22 orang ahli akademik digugurkan daripada sebuah universiti yang dinamakan sempena nama Presiden Truki, Recep Tayyip Erdogan berikutan dakwaan yang menyatakan bahawa mereka mempunyai hubungan dengan Fehullah Gulen.