5 Januari 2017 - 04:39
Assange Dakwa Obama Sasarkan Anaknya

Di dalam sebuah temu ramah dengan rangkaian Fox News pada hari Selasa petang, pengasas Wikileaks, Julian Assange memberitahu Sean Hannity bahawa Presiden Obama telah menyasarkan keluarganya termasuk anaknya yang berusia kurang daripada 10 tahun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Di dalam sebuah temu ramah dengan rangkaian Fox News pada hari Selasa petang, pengasas Wikileaks, Julian Assange memberitahu Sean Hannity bahawa Presiden Obama telah menyasarkan keluarganya termasuk anaknya yang berusia kurang daripada 10 tahun.

Temu ramah itu meliputi pelbagai topik termasuk dakwaan yang mengatakan bahawa pendedahan berkaitan Suruhanjaya Kebangsaan (Parti) Demokrat (DNC) telah dibuat oleh pihak Rusia, sebuah dakwaan yang dinafikan secara keras oleh Assange sendiri. Kedua-duanya turut membincangkan tentang ketidakjujuran pihak media dan kerjasama tidak rasmi di antara para wartawan dan kempen Hillary Clinton.

Di dalam kenyataan penutup, pihak penerbit melontarkan soalan yang bersifat peribadi kepada Assange dengan membincangkan perihal keluarganya.

"Saya sudah ditahan secara tidak sah, tanpa sebarang dakwaan selama 6 tahun, tanpa sinaran matahari dan dikelilingi oleh para perisik," katanya. "Perkara ini sangat sukar... Akan tetapi saya sudah nekad. Saya faham tentang permainan yang sedang dimainkan -pelakon yang besar dan berkuasa akan cuba membalas dendam... bagi keluarga saya, perkara ini berbeza- Saya mempunyai anak di bawah 10 tahun, mereka tidak terlibat dengan perkara ini... dan saya rasa perkara ini tidak adil... keluarga saya tidak bersalah, mereka tidak menyertai perlawanan ini."

Menurut penemuan di dalam siasatan 16 bulan oleh Kumpulan Kerja PBB tentang Penahanan Rawak (UNWGAD), pengasas Wikileaks telah ditahan secara sewenang-wenangnya dan perlu dibebaskan secepat mungkin serta diberikan pampasan.