Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Akbar Hashemi Rafsanjani dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat masalah jantung.
Beliau sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital di utara Tehran pada hari Ahad setelah mengalami serangan jantung.
Rafsanjani yang dilahirkan pada 25 Ogos 1934 adalah salah seorang ahli politik Iran yang berpengaruh di negara itu. Beliau pernah menjawat jawatan Presiden Republik Islam Iran pada tahun 1989 hingga 1997.
Selain daripada itu beliau juga pernah menyandang jawatan ketua Majlis Para Ahli pada tahun 2007 hingga tahun 2011.
8 Januari 2017 - 16:54
News ID: 803579
Ayatullah Akbar Hashemi Rafsanjani dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat masalah jantung.