Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad pada hari Isnin mengucapkan takziah kepada rakyat Iran berikutan kematian bekas presiden negara itu, Ayatullah Rafsanjani pada hari semalam.
Di dalam beberapa mesej berasingan beliau kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei dan Presiden Iran, Hassan Rouhani pada hari Isnin, Assad berkata bahawa berita kematian Ayatullah Rafsanjani adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Beliau turut memuji Rafsanjani yang berpegang teguh kepada ideologi revolusi dan bekerja keras untuk memastikan kejayaan Revolusi Islam Iran walaupun pernah ditangkap dan disiksan oleh ajen-ajen perisikan Syah Iran.
Selain daripada itu, Assad turut mengatakan bahawa ulama itu telah memilih kehidupan yang penuh dengan usaha keras menentang kezaliman dan penindasan.
Ayatullah Rafsanjani meninggal dunia pada usia 82 tahun. Beliau adalah salah seorang tokoh awal yang menyertai Revolusi Islam pimpinan Ayatullah Khomeinei. Revolusi itu berakhir dengan kejayaan pada tahu 1979.
315