9 Januari 2017 - 16:41
Pemimpin Ansarullah Puji Rafsanjani Atas Usaha Beliau Menyatukan Umat Islam

Pemimpin Gerakan Ansarullah Houthi, Abdul Malik al-Houthi mengucapkan takziah kepada rakyat Iran berikutan kematian bekas presiden mereka, Aytullah Rafsanjani. Rafsanjani meninggal dunia pada hari Ahad akibat masalah jantung.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Gerakan Ansarullah Houthi, Abdul Malik al-Houthi mengucapkan takziah kepada rakyat Iran berikutan kematian bekas presiden mereka, Aytullah Rafsanjani. Rafsanjani meninggal dunia pada hari Ahad akibat masalah jantung.

Di dalam mesej beliau pada hari Isnin, Abdul Malik al-Houthi mengucapkan takziahnya berikutan berita kematian Ayatullah Rafsanjani. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa bekas Presiden Iran itu adalah tokoh penting yang membantu gerakan perjuangan Islam di Palestin dan juga di Lubnan.

Beliau turut berkata bahawa Rafsanjani juga dikenali sebagai seorang tokoh yang berusaha keras dalam menyatukan umat Islam di dalam menghadapi ancaman Amerika Syarikat dan Israel, di mana kedua-dua negara itu giat mencari jalan untuk menyemai bibit perpecahan dan kekacauan di rantau melalui rejim upahan mereka yang menyokong gerakan Takfiri.

Ayatullah Rafsanjani meninggal dunia pada usia 82 tahun. Beliau adalah salah seorang tokoh awal yang menyertai Revolusi Islam pimpinan Ayatullah Khomeini. Revolusi itu berakhir dengan kejayaan pada tahu 1979