Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut majalah mingguan Amerika, Newsweek, Hizbullah adalah pemenang sebenar di dalam peperangan menentang para pengganas dan militan di Aleppo.
Sebelum ini, Tentera Arab Syria yang disokong oleh pejuang Gerakan Hizbullah dan bantuan udara Rusia telah mengumumkan kejayaan mereka di dalam membebaskan bandar Aleppo daripada cengkaman militan dan pengganas. Pengumuman itu dibuat pada 22 Disember tahun lepas sekaligus menamatkan pengepungan timur bandar itu.
Artikel Newsweek itu berkata walaupun perang masih belum tamat di Syria, "Hizbullah telahpun muncul sebagai pemenang sekaligus memperkukuhkan kedudukannya sebagai kekuatan terkuat di Lubanan. Gerakan yang dahulunya bergantung kepada Assad di dalam meneruskan kelangsungan mereka, kini berjaya menunjukkan kemandirian mereka sendiri."
12 Januari 2017 - 06:13
News ID: 804404
Menurut majalah mingguan Amerika, Newsweek, Hizbullah adalah pemenang sebenar di dalam peperangan menentang para pengganas dan militan di Aleppo.