15 Januari 2017 - 17:53
Panggung Wayang Adalah Medium Terbaik Untuk Sebarkan Ajaran-Ajaran Suci

Ayatullah Javadi Amuli, telah menemui sekumpulan aktivis kebudayaan di pusat Pertubuhan Antarabangsa Isra yang terletak Qom, Iran pada hari Sabtu lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Javadi Amuli, telah menemui sekumpulan aktivis kebudayaan di pusat Pertubuhan Antarabangsa Isra yang terletak Qom, Iran pada hari Sabtu lepas.

Di dalam pertemuan itu, Ayatullah Javadi Amuli mengatakan bahawa "Bentuk kesenian yang terbaik terhasil apabila seniman itu mengenali entitinya. Tiada sebarang produk kesenian yang akan terhasil melainkan seniman itu benar-benar mengenali postensi sebenarnya. Sebarang karya seni harus dicipta dengan harapan bahawa karya itu akan kekal selama-lamanya. Jika seniman mempunyai keyakinan yang sedemikian, karya mereka akan memberikan natijah yang baik dan berkekalan."

Bercakap tentang kesan besar kewujudan panggung wayang berbanding media yang lain, Javadi Amuli berkata bahawa "Di dalam setiap era, medium yang berbeza-beza akan wujud sekaligus memberikan peluang kepada manusia untuk menggunakannya untuk di dalam mempromosikan ajaran-ajaran suci: di era kita, panggung wayang adalah medium yang terbaik untuk mempromosikan ajaran-ajaran suci memandangkan orang ramai sangat tertarik dengannya."

"Seni perlu diabdikan untuk mempromosikan konsep-konsep seperti kemanusiaan, kehormatan manusia dan juga sifat-sifat manusia yang sama dengan malaikat; dunia sekarang sangat memerlukan ajaran seperti ini," kata beliau lagi.