Warga Nigeria turun ke jalan raya menuntut kerajaan negara itu mematuhi keputusan mahkamah untuk membebaskan Syeikh Zakzaky dan isterinya. Sebelum ini, sebuah mahkamah di Abuja telah memberikan tempoh 45 hari kepada kerajaan Nigeria untuk membebaskan Syeikh Zakzaky dan ratusan lagi pengikutnya. Tempoh pelaksanaan perintah mahkamah itu tamat pada hari Isnin lepas.