20 Januari 2017 - 17:45
Pendekatan Pentadbiran Obama Di Dalam Hubungan Dua Hala Dengan Moscow "Mengarut Dan Memalukan": Rusia

Kementerian Luar Rusia telah mengecam pendekatan 'penghambaan' yang digunakan oleh pentadbiran Presiden Obama di dalam menentukan hala tuju hubungan dua hala dengan Moscow. Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, pada hari Khamis berkata bahawa Presiden Obama pernah menaburkan janji pada tahun 2009 untuk bekerjasama dengan Rusia dengan cara terhormat. Akan tetapi kerajaannya telah mengambil pendekatan yang "mengarut dan memalukan" ke atas Moscow.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Rusia telah mengecam pendekatan 'penghambaan' yang digunakan oleh pentadbiran Presiden Obama di dalam menentukan hala tuju hubungan dua hala dengan Moscow. Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, pada hari Khamis berkata bahawa Presiden Obama pernah menaburkan janji pada tahun 2009 untuk bekerjasama dengan Rusia dengan cara terhormat. Akan tetapi kerajaannya telah mengambil pendekatan yang "mengarut dan memalukan" ke atas Moscow.

Seorang penganalisis yang berpusat di Washington, James Jatras berkata bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat menganggap bahawa mereka berhak untuk memberikan arahan dan Rusia perlu mematuhinya kerana mereka benar-benar tidak memahami konsep saling hormat-menghormati.

"Mereka (pentadbiran Obama) menganggap bahawa satu-satunya bentuk hubungan yang mungkin dengan Rusia adalah dengan cara yang pernah kami (A.S) miliki di bawah pentadbiran Yeltsin (bekas Presiden Rusia) pada tahun 1990, di mana kami (A.S) memberi arahan dan mereka (Rusia) harus mematuhinya," kata Jatras kepada Press TV.

Ketika mengkritik polisi luar negara A.S, dia mengatakan bahawa "mengarut dan memalukan adalah istilah yang paling sesuai untuk diberikan kepada pentadbiran Obama."

Amerika Syarikat memiliki beberapa perselisihan dengan Rusia berkaitan isu-isu antarabangsa seperti krisis di Ukraine, Syria dan Yaman. Di samping itu, isu kawalan senjata nuklear turut menjadi sebab A.S dan Rusia sering mendapati diri mereka saling bertelingkah.

Dia berkata bahawa "sifat saling hormat-menghormati" adalah antara faktor yang boleh mendekatkan kedua-dua negara di dalam pelbagai aspek.