Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Perdana Menteri Turki Mehmet Simsek berkata bahawa Ankara tidak boleh lagi menuntut peletakkan jawatan Bashar Assad sebagar pra-syarat di dalam menyelesaikan krisis di negara Syria.
"Hakikat yang wujud di lapangan telah berubah secara drastik. Oleh itu Turki tidak lagi boleh menuntut sebuah penyelesaian tanpa Assad. Perkara itu tidak realistik," Simsek membeitahu panel berkaitan isu di Syria dan Iraq di dalam Forum Ekonomi Dunia yang dilangsungkan di Davos, Switzerland pada hari Jumaat.
Turki sebelum ini menuntut peletakkan jawatan Presiden Syria itu sambil menggambarkan bahawa perkara itu adalah satu-satunya solusi kepada konflik di negara Arab itu. Ankara walau bagaimanapun telah mengubah pendekatan itu setelah Turki dan Rusia kembali berbaik semula. Rusia adalah salah sebuah sekutu kuat Assad di samping Iran yang merupakan faktor penting di dalam kejayaan Tentera Arab Syria di Aleppo.
20 Januari 2017 - 18:40
News ID: 806202
Timbalan Perdana Menteri Turki Mehmet Simsek berkata bahawa Ankara tidak boleh lagi menuntut peletakkan jawatan Bashar Assad sebagar pra-syarat di dalam menyelesaikan krisis di negara Syria.