21 Januari 2017 - 19:31
Pasukan Keselamatan Arab Saudi Bunuh Pengganas Di Jeddah

Menurut media Arab Saudi, 2 orang pengganas telah dibunuh oleh pasukan keselamatan negara itu di dalam sebuah pertembungan bersenjata apabila mereka menyerbu kawasan penyembunyian kedua-dua pengganas itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut media Arab Saudi, 2 orang pengganas telah dibunuh oleh pasukan keselamatan negara itu di dalam sebuah pertembungan bersenjata apabila mereka menyerbu kawasan penyembunyian kedua-dua pengganas itu.

Pasukan keselamatan sebelum ini menemui sebuah rumah persembunyian mereka di bandar al-Harazat pada hari Sabtu. Mereka kemudiannya mengepung premis itu dan menuntut mereka supaya menyerahkan diri. Akan tetapi pihak pengganas mula melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan yang akhirnya membalas tembakan mereka.

Sementara itu, sebahagian laporan juga mengatakan bahawa para pengganas telah meletupkan diri mereka sendiri ketika pertempuran tersebut.

Arab Saudi terkenal kerana mengamalkan ajaran Wahhabisme yang menjadi asas pemikiran kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Rejim Riyadh juga kerap dituduh menyokong gerakan bersenjata di Iraq dan Syria.

Sebelum ini, pada 7 Jan lepas, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi telah mengumumkan bahawa pihak polis negara itu telah menembak dan membunuh 2 orang yang disyaki menjadi anggota kepada kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Jeddah.