Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Delegasi Iran yang berada di Astana, Kazakhstan untuk menyertai dialog Syria berkata bahawa mereka optimis dengan mesyuarat itu walapun percaya tidak semua isu akan dapat diselesaikan di dalam pertemuan tersebut. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Jaberi Ansari yang mengetuai delegasi Tehran ke Astana pada hari Ahad.
"Kami optimis dengan dialog ini," katanya. "Akan tetapi, kami telah gagal untuk menyelesaikan kesemua isu," tambahnya lagi.
Tidak jelas setakat ini berkaitan kemungkinan dialog langsung akan berlaku di antara pihak kerajaan Syria dan pembangkan di Astana, kata Hossein Jaber Ansari.
"Tidak jelas sama ada dialog di antara kerajaan Syria dan pembangkang akan dibuat secara langsung atau tidak," katanya.
Dialog Astana dijangka akan mengambil kira beberapa isu seperti penguatkuasaan gencatan senjata sedia ada, peperangan melawan pengganas dan juga pencariaan solusi politik untuk mengakhiri konflik berdarah di Syria. Akan tetapi objektif utamanya adalah untuk mengesahkan dan memperkukuhkan perjanjian gencatan senjata di Syria yang diumumkan oleh kerajaan Assad pada 29 Disember lalu.
Sebelum ini, beberapa siri dialog telah dilaksanakan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencapai objektif yang sama. PBB juga telah melantik wakil khas berkaitan isu Syria untuk mempermudahkan proses damai di sana dan setakat ini 3 buah dialog berasingan telah dianjurkan oleh badan itu. Akan tetapi, kesemua dialog itu gagal membuahkan hasil yang dikehendaki.
Konflik di Syria bermula pada tahun 2011 apabila kumpulan bersenjata yang didanai oleh kerajaan asing memulakan operasi bersenjata mereka di bumi tersebut.
22 Januari 2017 - 19:18
News ID: 806620
Delegasi Iran yang berada di Astana, Kazakhstan untuk menyertai dialog Syria berkata bahawa mereka optimis dengan mesyuarat itu walapun percaya tidak semua isu akan dapat diselesaikan di dalam pertemuan tersebut. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Jaberi Ansari yang mengetuai delegasi Tehran ke Astana pada hari Ahad.