Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Jaberi Ansari, masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama di dalam menamatkan keganasan di Syria dengan menghentikan aliran kewangan, perkakasan dan tenaga manusia kepada kumpulan-kumpulan pengganas yang beroperasi di sana.
Ansari yang mengetuai delegasi Iran di dialog Astana turut menyeru "kesemua sahabat Syria" untuk menamatkan segala sekatan yang memperlambatkan usaha pembinaan semula negara itu.
"Masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama untuk menghalang aliran senjatam kewangan dan pejuang ke Syria yang mana perkara ini membolehkan kumpulan pengganas terus menekan penduduk tempatan dan meneruskan siri konfrontasi bersenjata di mana-mana sahaja di negara tersebut," kata Ansari di Astana.
Ansari juga menyeru kesemua pihak yang menyertai persidangan itu untuk mengecam keganasan dan menghormati gencatan senjata. Beliau juga berharap kerajaan Syria dan pihak pembangkang dapat mencapai persetujuan yang akan membantu penganjuran pilihan raya di negara itu sekaligus menamatkan krisis di Syria.
Dialog di Astana dilangsungkan di Hotel Rixos President Astana dan dijangka tamat pada hari Selasa. Dialog ini ditaja oleh Rusia, Turki dan Iran. Amerika Syarikat dan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut hadir di dalam dialog tersebut.
23 Januari 2017 - 18:33
News ID: 806823
Menurut Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Jaberi Ansari, masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama di dalam menamatkan keganasan di Syria dengan menghentikan aliran kewangan, perkakasan dan tenaga manusia kepada kumpulan-kumpulan pengganas yang beroperasi di sana.