Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, Madeleine Albright berkata bahawa beliau bersedia untuk mendaftarkan diri sebagai seorang Muslim jikalau Presiden Donald Trump meneruskan rancangannya untuk mewujudkan pangkalan data bagi penduduk Muslim negara itu.
"Saya bersedia untuk mendaftarkan diri sebagai seorang Muslim...," kata Albright yang merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Setiausaha Jabatan Negara A.S pada hari Rabu di dalam akaun Twitter-nya.
Komen beliau itu dibuat di sebalik tersebarnya berita berkaitan sebuah draf arahan eksekutif oleh Trump yang akan mengharamkan ketibaan pelawat dari 7 buah negara yang bermajoritikan penduduk Islam.
Albright menyertai ribuan warga A.S yang berjanji untuk mendaftarkan diri mereka sebagai Muslim di dalam rangka membalas usul Donald Trump yang mahukan sebuah pangkalan data penganut agama Islam di negara itu.
Trump setakat ini belum lagi membahaskan kemungkinan untuk menunaikan retorik pilihan rayanya itu sejak mengambil tampuk kekuasaan pada hari Jumaat lepas.
27 Januari 2017 - 11:03
News ID: 807565
Bekas Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, Madeleine Albright berkata bahawa beliau bersedia untuk mendaftarkan diri sebagai seorang Muslim jikalau Presiden Donald Trump meneruskan rancangannya untuk mewujudkan pangkalan data bagi penduduk Muslim negara itu.