3 Februari 2017 - 19:56
Al-Qaeda Rampas 3 Buah Di Yaman Bandar Selepas Serangan A.S

Kumpulan pengganas al-Qaeda berjaya merampas kawalan ke atas 3 buah bandar di Yaman selepas serangan tentera Amerika Syarikat yang membunuh 16 orang warga awam, kata para pegawai kerajaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas al-Qaeda berjaya merampas kawalan ke atas 3 buah bandar di Yaman selepas serangan tentera Amerika Syarikat yang membunuh 16 orang warga awam, kata para pegawai kerajaan.

Kumpulan pengganas al-Qaeda memasuki pekan Loder, Shaqra dan Ahwar yang terletak di wilayah Abyan selepas Amerika Syarikat menyerang sebuah kompaun yang didakwa milik kumpulan tersebut pada hari Ahad lepas. Di dalam serangan itu, beberapa warga awam dan seorang anggota SEAL terbunuh.

Menurut sumber tempatan, penarikan keluar tentera yang setia kepada bekas presiden Abd Rabbuh Mansour Hadi dari kawasan itu turut mempermudahkan kemaraan al-Qaeda di pekan-pekan tersebut. Mereka meninggalkan kawasan itu berikutan kemarahan di atas isu kelambatan pembayaran gaji.

Seorang sumber yang lain mengatakan al-Qaeda kemudiannya meninggalkan Loder dan Shaqra selepas penduduk tempatan melakukan demonstrasi yang menunjukkan kesediaan mereka untuk mengangkat senjata ke atas kumpulan pengganas berideologikan fahaman Wahabisme.

Al-Qaeda telah mengambil banyak peluang di Yaman di sepanjang konflik yang tercetus di negara itu berikutan campur tangan ketenteraan Arab Saudi di negara jiran mereka tersebut. Kempen ganas Arab Saudi itu telah membunuh 10000 orang setakat ini.