Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan pengawal pantai dan Kementerian Pertahanan Filipina merancang untuk mendapatkan bantuan daripada Beijing dan Washington dalam rangka meningkatkan keselamatan di kawasan perairan utama di negara itu berikutan kebimbangan ke atas risiko perkembangan aktiviti pelanunan di kawasan tersebut.
Pasukan pengawal pantai Filipina melahirkan kegusaran mereka pada hari Rabu dengan mengatakan bahawa Laluan Sibutu yang terletak di antara Sabah dan selatan Filipina mungkin akan bertukar menjadi syurga pelanunan bagi kumpulan Abu Sayyaf.
Menurut laporan, selat laut dalam itu digunakan oleh 13000 buah kapal setahun kerana laluan itu membekalkan perjalanan terpantas di antara negara Australia dan negara-negara pengeluar terbesar di rantau seperti China, Jepun dan Korea Selatan.
"Jika pemilik kapal memilih untuk tidak menggunakan laluan tersebut bagi mengelakkan bahaya penculikan oleh kumpulan pengganas, kos pengangkutan pasti akan meningkat," kata ketua Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Coomodore Joel Garcia.
8 Februari 2017 - 17:49
News ID: 810365
Pasukan pengawal pantai dan Kementerian Pertahanan Filipina merancang untuk mendapatkan bantuan daripada Beijing dan Washington dalam rangka meningkatkan keselamatan di kawasan perairan utama di negara itu berikutan kebimbangan ke atas risiko perkembangan aktiviti pelanunan di kawasan tersebut.