Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan negara yang menentang Presiden syria Bashar al-Assad akan bermesyuarat esok buat pertama kali sejak Presiden AS Donald Trump mengangkat sumpah, bagi mencari titik persamaan sebelum rundingan damai tajaan PBB di Geneva minggu depan.
Perbincangan di samping mesyuarat para menteri luar G20 itu ketika Assad, yang disokong Rusia dan Iran, berada pada kekuatan terkuat sejak permulaan perang saudara, dan ketika dasar Trump ke atas Syria masih samar.
“Mesyuarat perlu diadakan segera untuk melihat sama ada semua negara yang bersependapat masih ada persetujuan,” kata sumber diplomatik kanan Perancis. “Ini peluang untuk mengerakkan semua orang ke arah yang sama sebelum rundingan Geneva.”
Beliau berkata mesyuarat antara Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Turki dan Arab Saudi dan lain akan menjadi peluang pertama untuk “menguji” pendirian Setiausaha Negara AS Rex Tillerson mengenai Syria dan bagaimana ia akan membentuk rencana baharu pentadbiran Trump menewaskan militan IS.
Seorang lagi diplomat Eropah berkata masih belum jelas sama ada Tillerson mewakili pandangan Trump.
“Kami berpuas hati dengan perang melawan IS, tetapi persoalannya bagaimana hubungan dengan Rusia?
“Amerika Syarikat akhirnya akan sedar semuanya berkaitan dan perang melawan IS dan perikatan dengan Moscow juga bererti pilihan dan wawasan jangka masa panjang di rantau itu,” kata sumber pertama.
“Kamu tidak boleh buat suatu perjanjian agung dengan Moscow dan harap semuanya akan selesai.”
Turki, yang menjadi penyokong utama pemberontakan terhadap Assad, sudah, bersama Rusia dan Iran, menjadi orang tengah dalam gencatan senjata yang goyah.
“Penting untuk kita tengok di mana pendirian Turki memandangkan mereka kini rapat dengan Rusia dan Iran,” kata sumber itu, menambah penting untuk melihat bagaimana negara Arab Teluk seperti Arab Saudi dan Qatar – yang menentang Assad – meliaht konflik itu selepas “berundur sedikit”. -Reuters