Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyifatkan keputusan Amerika Syarikat (AS) menghalang bekas Perdana Menteri Palestin mengetuai misi politik badan dunia itu ke Libya sebagai `kesilapan serius.'
Washington menggunakan kuasa pembatal ke atas cadangan pelantikan Salam Fayyad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin sejak 2007 hingga 2013, seminggu lalu.
Ia berkata, tindakan itu bertujuan menyokong sekutunya, Israel.
Bercakap kepada Persidangan Keselamatan Munich hari ini, Guterres berkata: "Saya percaya penting bagi semua orang memahami sesiapa yang berkhidmat dengan PBB melakukannya atas kemampuan peribadi.
"Mereka tidak mewakili negara atau kerajaan."
Guterres berkata, Fayyad ialah tokoh tepat pada tempat dan masa yang betul.
Libya digegarkan dengan ketegangan sejak revolusi 2011 dan pembunuhan pemimpinnya, Muammar Gaddafi. - AP
18 Februari 2017 - 13:14
News ID: 812495
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyifatkan keputusan Amerika Syarikat (AS) menghalang bekas Perdana Menteri Palestin mengetuai misi politik badan dunia itu ke Libya sebagai `kesilapan serius.'