18 Februari 2017 - 19:13
Rusia Bom Posisi Daesh Di Raqqah

Rusia berkata bahawa pesawat pengebomnya telah berjaya melancarkan serangan ke atas posisi kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Raqqa. Bandar Raqqa merupakan kubu terkuat kumpulan pengganas berfahaman Wahhabi itu di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia berkata bahawa pesawat pengebomnya telah berjaya melancarkan serangan udara ke atas posisi kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Raqqa. Bandar Raqqa merupakan kubu terkuat kumpulan pengganas berfahaman Wahhabi itu di negara Arab Syria.

Di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, Kementerian Pertahanan Rusia berkata bahawa pesawat pengebom jarak jauhnya, Tupolev Tu-95 yang berlepas dari Rusia terbang melepasi Iran dan Iraq untuk tiba ke Raqqah. Di Raqqah mereka telah melancarkan peluru berpandu X-101 ke beberapa posisi kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Pesawat Rusia itu berjaya memusnahkan beberapa pangkalan dan kem latihan kumpulan pengganas tersebut. Sebuah pusat arahan daesh juga berjaya dimusnahkan di dalam operasi tersebut.

Mereka turut menyatakan bahawa pesawat tempur Su-30CM dan Su-35 yang berpangkalan di Syria turut terlibat di dalam operasii tersebut dengan memberikan perlindungan udara.

Kesemua pesawat Rusia berjaya menjalankan operasi mereka dengan lancar sebelum pulang ke pangkalan masing-masing.

Rusia memulakan kempen mereka ke atas Daesh pada tahun 2015 di atas permintaan kerajaan Damsyik.

/315