Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih 350,00 kanak-kanak didakwa terperangkap di bandar bergolak di Mosul ketika tentera Iraq melancarkan satu operasi baharu ke atas militan Daesh.
Menurut kumpulan kemanusian Iraq yang berpangkalan di London, Save The Children menggesa tentera Iraq dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menggunakan kuasa mereka bagi melindungi kanak-kanak dan keluarga mereka daripada ancaman bahaya.
Pengarah Save The Children, Maurizio Crivallero berkata, serangan perlu dielakkan daripada mengenai tempat-tempat serta bangunan seperti sekolah dan hospital.
“Usaha untuk menyelamatkan diri bukan satu pilihan untuk kebanyakan keluarga terutamanya ketika menjadi mangsa serangan militan Daesh,” katanya. - AFP
20 Februari 2017 - 15:06
News ID: 812949
Lebih 350,00 kanak-kanak didakwa terperangkap di bandar bergolak di Mosul ketika tentera Iraq melancarkan satu operasi baharu ke atas militan Daesh.